alahai... mana tak habis2 lagi cerita pasal Acheh kau cik Ujie Oii... hahaha
takpe simpan dulu....
sekarang ni nak cerita pasal jerebu jugak...
saya .. saya .. ok rakyat marhaen je Pon... nak bersuara tidak lah layak yee dak...
macam ni.... bukan nak merungut... marah2... tidak2...
tapi.. tengok lah indek pencemaran udara negara kita ....
cer tengok gambar ni.. ye..ye kat bawah ni...
ni bukan dugaan... atau tingkap yang tak berlap ... ni betul2....!!!
dah berapa minggu kita di selelubungi misteri jerebu....
korang rasa...?!...
mesti la nak meroyannnn ja kan..?!
itu hari saya ade laaaa merungut kat Instagram sangat pasal jerebu ni... hahaahhaa
bila dah jadi Jurutera..
walaupon tidak bertauliah yang di ikhtiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia...
tahap pemikiran nya... memang lah nak ke arah kejuruteraan jugak lah kan...
hehehee....
saya nak juga berkata2 walaupon tidak mahu didengari atau di baca oleh mana2 pihak...
kita selalu dengar .. apabila tiba musim jerebu...
langkah2 menjaga keselamatan dan kesihatan oleh kerajaan dan badan2 kaki tangan kesihatan adalah... :
malas nak taip benda sama ...
Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu:
- Mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah. Banyakkan berada di dalam rumah jika tidak perlu keluar rumah
- Sentiasa berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, sebaiknya anda menutup hidung menggunakan penutup mulut (mask).
- Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan pencemaran asap rokok. Jangan tambahkan jerebu di kediaman anda dengan aktiviti merokok atau pembakaran secara terbuka, berhentilah merokok itu adalah langkah yang bijak.
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Jika tak ada penghawa dingin, tutup mulut anda dengan penutup mulut (mask)
- Banyak minum air kosong sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari. Lagi banyak, lagi bagus.
- Basuh tangan dan muka dengan air bersih selepas melakukan aktiviti luar. Ini akan mengelakkan anda terkesan dari asap jerebu dan pencemaran.
Berikut pula adalah panduan ataulangkah-langkah keselamatan kepada pemandu kenderaan agar sentiasa berhati-hati memandu kenderaan semasa jerebu bagi mengelakkan sebarang mala petaka:
Panduan Kepada Pemandu Kenderaan Semasa Jerebu:
- Menyalakan lampu kecil kenderaan apabila tahap penglihatan berada di bawah paras normal.
- Tidak menyalakan lampu tinggi kerana kabut akan membalikkan cahaya tersebut dan mengurangkan tahap penglihatan termasuk terhadap pemandu lain.
- Mengurangkan kelajuan agar sempat memberhentikan kenderaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
- Mengekalkan jarak pemanduan yang selamat sebagai langkah berhati-hati terhadap sebarang kejadian dan tindak balas akibat suasana jerebu.
- Tidak berhenti atau meletak kenderaan di pinggir jalan kerana penglihatan yang kurang jelas boleh menyebabkan kemalangan.
- Berhati-hati semasa membelok dan memintas serta memastikan keadaan benar-benar selamat sekiranya ingin berbuat demikian.
- Mengalihkan segera kenderaan yang rosak ke bahu jalan serta menundanya secepat mungkin.
- Warga emas yang mempunyai masalah penglihatan dinasihatkan agar tidak memandu kereta dalam keadaan jerebu.
- Sentiasa peka dengan maklumat dan pengumuman berhubung lalu lintas di radio mahupun papan tanda elektronik.
- Penunggang motosikal perlu berpakaian warna terang dan topi keledar daripada material lut sinar serta memakai topeng penapis.
- Tidak menggunakan signal kecemasan apabila memandu dalam keadaan berjerebu kerana ianya boleh mengelirukan pemandu lain.
tapiiiiii.... tapi.... tapi.....
kenapa.... kenapa.. kenapa ....
tak ada sekor pihak pon yang menyaran kan....
bahawa kepentingan penggunaan tempat pembakaran mayat sekam atau jerami ..
atau lebih di kenali dalam bahasa jurutera adalah "Gasifikasi"
(tak tau..?!.. ok tak pe.. jab lagi saya cerita ringkas je Pon..)
itu adalah amat penting demiiiii....
(korang baca ni sungguh2 tau.. macam baca sajak eyh pidato tu..ala2 semangat cintakan negara ...)
kesejahteraan sejagat.. jiran tetangga... sanak saudara tok nenek beliau, dan kita semua juga....
dan demi menjaga kualiti pembebasan gas tidak merbahaya dan juga berguna sebagai tenaga alternatif dan kepada udara supaya ozon tidaklah menipis dan bocor dibumi yang tua ini ...
ape lah sangat nak di bandingkan dengan seketul gasifier di tempat kan di sebuat tapak dalam ladang sawah empunya ladang sawah...
kan empunya ladang sawah dah peroleh banyak2...BANYAK .....Wang ringgit, Uang IDR, Dolar SG dan matawang yang lain....?!
kan..kan... ?!
saya percaya....
penyelidikan tentang " Biomass Gasification" ni.... bukan kat Malaysia ja....
negara2 lain pon buat tauu..!!
tapiiii nya lagiii...
kenapa lah Mereka2 ni yang suke bebeno buat pembakaran terbuka ni tak nak mempraktiskan kan sistem ini...
selamat dan pelepasan gas yang telah siap sedia di tapis ..malahan boleh dijadikan sebagai sumber tenaga... hidupkan letrik.. menjadi gas bahan api...
(betul tak tipuuu..!!)
korang mesti nak tau ape benda lah " Biomass Gasification " tu kan..?
secara pemahaman yang dapat saya jelas kan untuk orang bukan jurutera maksudnya begini...
Biomass (bahan2 seperti jerami, sekam, tempurung sabut kepala barli atau pon sampah2..).. di bakar secara tidak terbuka iaitu di masuk kan kedalam "Gasifier" (mesen untuk membakar mayat bahan2 biomass tu lah..) ..dan dalam mesen tu jerami ke sekam tu di proses ... dan terhasil lah sejenis tenaga alternatif untuk menghidupkan letrik dan gas2 yang boleh di guna pakai semula sebagai contoh gas memasak pon bolehhh.!!.. macam yang saya cakap di atas tadi tu... (sambil muncung kan mulut tunjuk ayat di atas... hehehe)
apa yang saya nak tekan kan di sini...
bila korang bukak ja link ni...
malas nak baca kan.....
korang baca perenggan PENUTUP ja cukup lahhh..... hehehehehe
oklah... tau2 korang pemalas nak bukak link... meh saya copy paste kat sini bahagia penutup jaaa Pon...
PENUTUP
Teknologi gasifikasi biomassa telah ada di INDONESIA, dan mempunyai masa depan yang cerah sebagai sumber energi alternatif. Kemampuan produksi dalam negeri unit gasifikasi telah kita miliki dan keandalan teknis peralatannya telah teruji. Kajian ekonomi gasifikasi biomassa sangat tergantung kondisi daerah yang bersangkutan.
heran.....
PENYELIDIKAN dah buat
TEKNOLOGI dah ada ...
tapi tetap berdegil juga tak mahu guna kan...
nak jimat duit..?.... kesihatan tak nak jaga ke..?!..
lagi satu....
APE PERANAN PIHAK KERAJAAN TENTANG PERKARA INI... ?!
BADAN2 BERKAITAN..?
apa patut di lakukan... tiada ke langkah2 pencenggahan..sebelum berlaku nya JEREBU..?
selain dari "langkah2 menjaga kesihatan ketika JEREBU..?!"
dan
selain dari PEMBENIHAN AWAN untuk mengurangkan JEREBU..?!..
(langkah ini tidak akan efektif selagi pembakar secara terbuka tu masih berleluasa...)
bukan nak menyalahkan... tapi minta semua berfikir sejenak....
keperihatinan setiap orang amat2 di perlukan...
kalau korang ni jenis pemikiran yang tersirat...
mesti korang paham... ape yang saya sampai kan..
tentang jerebu...
(negara, kerajaan dan masyarakat - setiap kejadian yang berlaku , tindakan baik dan buruk yang di ambil dan juga langkah2 penjagaan)
takpe lah taknak cakap banyak... nanti macam2 pula andaian orang pada kita...
ya... itu ja untuk kali ni...
#SayarakyatMarhaenYangCintakanNegaraAman
#MalaysiaGemilangTerbilangCemerlang
#TajokProjekMastersaya"CoalGasificationTechnology".
sama ja dengan Biomass Gasification Technology tu.
#pasaltuberiyasangat .. hahahaha
#maaflahsayamemberipendapatanjepon
#sayabukanjuruterahebat hanya #juruteratakbertauliah